Posts

Showing posts from November, 2020

SCKLM 2017

Image
SCKLM 2017 berlangsung seminggu selepas Hulu Selangor 30K. Berdasarkan prestasi BJHM saya yang dapat 2:31 9 minggu sebelum event ini dan juga prestasi di running klinik SCKLM, plannya untuk buat timing yang bagus. Elok pula dapat tawaran menulis artikel larian daripada editor NST. So memang nak perform lah. First 5K macam biasa, ada rasa sedikit tak selesa tapi bagi saya itu normal. Yang tak berapa nak normal, bangun pukul 2 pagi sebab nak berlari FM pukul 4 pagi. Kemudian, entah macam mana, badan jadi jem terus. Habislah, dari pace terkawal 7:30 terus jadi dekat pace 9:00. Saya tiba di KM20 selepas berlari/berjalan selama 2:55. Gila. Masa itu, timing HM lebih 2:45 tu timing saya tak training. Timing sorok, tak cerita kat orang. Memang rasa macam nak givap. D i KM21, saya terserempak dengan seorang rakan, Afzal Amran . Dia buat VFM masa itu. Cerialah sebentar sambil kawal emosi supaya nampak macho. Lepas dia tinggalkan saya, saya berhuhu lah bersendirian. Memang entah kenapa, susah be

Hulu Selangor 30K 2017

Image
Hulu Selangor 30K. Kononnya saya bijak sikit, saya masuk 10K je masa itu. Hulu Selangor 30K ni diadakan sehari selepas Highlander Series Bukit Kutu jadi ramai yang buat B2B. Gigih ya amat korang ni. Selepas 3K dengan pace 6, saya mandom jadi mula run-walk masa naik bukit. Panjangnya lahai bukit dia, bukit atas bukit (sebab tu lari 10K pun drama), so daripada pace 6 Mula-mula tu dip jadi pace 8 lebih. Masa naik bukit curam yang keji dan kejam sebelum u-turn, saya mula kira berapa ramai pelari wanita veteran yang dah lalu. Ada lima orang semuanya, dan hadiah ada untuk top 5 sahaja. Masa tu, menyesal tak masuk kategori open sebab open baru 2 orang lalu di depan saya, kalau tak silap. Haha Ah sudah, tiba-tiba terasa nak kejar pelari wanita kelima walaupun dia jauh ke depan. Masa saya turun bukit lepas u-turn tu, memang tak nampak pun backside dia. Saya tekan dan cuba pujuk hati dengan menyanyi lagu Sabar nyanyian Ismail Izzani. Saya ulang-ulang "Jangan menangis, sayangku Ini hanyalah