Hulu Selangor 30K 2017

Hulu Selangor 30K.

Kononnya saya bijak sikit, saya masuk 10K je masa itu.
Hulu Selangor 30K ni diadakan sehari selepas Highlander Series Bukit Kutu jadi ramai yang buat B2B.
Gigih ya amat korang ni.

Selepas 3K dengan pace 6, saya mandom jadi mula run-walk masa naik bukit. Panjangnya lahai bukit dia, bukit atas bukit (sebab tu lari 10K pun drama), so daripada pace 6 Mula-mula tu dip jadi pace 8 lebih.

Masa naik bukit curam yang keji dan kejam sebelum u-turn, saya mula kira berapa ramai pelari wanita veteran yang dah lalu.

Ada lima orang semuanya, dan hadiah ada untuk top 5 sahaja. Masa tu, menyesal tak masuk kategori open sebab open baru 2 orang lalu di depan saya, kalau tak silap. Haha

Ah sudah, tiba-tiba terasa nak kejar pelari wanita kelima walaupun dia jauh ke depan. Masa saya turun bukit lepas u-turn tu, memang tak nampak pun backside dia.

Saya tekan dan cuba pujuk hati dengan menyanyi lagu Sabar nyanyian Ismail Izzani.

Saya ulang-ulang
"Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahgia di sana"
dalam kepala.

Saya dapat catchup pelari itu lebih kurang sebatu sebelum tiba ke Finish Line. Tapi masa tu, saya pastikan kami ada gap supaya dia tak sedar ada runner sedang kejar dia. (stealth mode on)
Sebelum itu, saya terdengar ada runner muda, budak lelaki cakap dengan kawan dia...
"aku kejar mak cik ni la tadi. Laju dia"
Hampes ko dik.

Maka saya pastikan saya potong budak itu kaw-kaw.

Lagi 500m ke garisan penamat, kami perlu melintas jalan dan naik bukit comel. Saya plan nak tekan sehabis kuat lepas bukit itu. Tapi, tiba-tiba RD larian,
Razis Rahim
lalu dan jerit nama saya, untuk beri kata semangat. Terus runner di depan saya berpaling ke belakang dan tekan minyak.

Saya buat keputusan untuk tak buat drama kejar-mengejar demi dapatkan tempat kelima untuk hadiah hamper.

Sebab saya dah push.
Runner itu banyak gas lagi.

Tapi itulah, lepas tu barulah menyesal.
Moral cerita, it ain't over until it's truly over. Kalau tak cuba sebaik mungkin, kita tak tahu apa keupayaan kita.
Ecewah.
Apa pun, sebenarnya suffer gila lari 10K ni.
Baik buat ultra.

Apa pun, thanks Ajis untuk pengalaman larian yang osem itu.
p.s.
Adakah saya tengah gian nak tulis race recap?

Comments

Popular posts from this blog

SCKLM 2017

Okhotsk-Abashiri 2018