SCKLM 2017


SCKLM 2017 berlangsung seminggu selepas Hulu Selangor 30K.

Berdasarkan prestasi BJHM saya yang dapat 2:31 9 minggu sebelum event ini dan juga prestasi di running klinik SCKLM, plannya untuk buat timing yang bagus.

Elok pula dapat tawaran menulis artikel larian daripada editor NST. So memang nak perform lah.

First 5K macam biasa, ada rasa sedikit tak selesa tapi bagi saya itu normal. Yang tak berapa nak normal, bangun pukul 2 pagi sebab nak berlari FM pukul 4 pagi.

Kemudian, entah macam mana, badan jadi jem terus. Habislah, dari pace terkawal 7:30 terus jadi dekat pace 9:00.

Saya tiba di KM20 selepas berlari/berjalan selama 2:55. Gila. Masa itu, timing HM lebih 2:45 tu timing saya tak training. Timing sorok, tak cerita kat orang. Memang rasa macam nak givap.

Di KM21, saya terserempak dengan seorang rakan,
Afzal Amran
. Dia buat VFM masa itu. Cerialah sebentar sambil kawal emosi supaya nampak macho.

Lepas dia tinggalkan saya, saya berhuhu lah bersendirian. Memang entah kenapa, susah benar nak paksa kaki berlari.

Apabila bas rapid kl merangkap bas sweeper lalu, teringin saya nak naik bas itu. Dah la pintu bas itu terbuka. Kus semangat, sejuknya air-cond bas itu. Kesengsaraan dan kekecewaan menebal dalam diri.

Apatah lagi apabila pacer 645 yang juga rakan saya, mendiang Evelyn memotong saya dan saya langsung tak mampu nak paksa diri berlari ikut belon dan tutu purple dia. Tak dapat membayangkan betapa buruknya timing saya nanti.

Tapi kenapa saya tak throw in my towel?

Sebab kalau saya tak habis, saya nak tulis apa untuk NST? Masak nak cari angle lain.

Alhamdulillah, habis juga larian itu. 7 min sebelum buat jadi 7 jam.

Ada RD
Rainer Biemans
dan
Gloria Ng
di garisan penamat.
"what happen to you?", tanya mereka.

Shit happen lor...

Tapi sebenarnya, syukurlah saya gagahkan juga berlari.
Pantang DNF selagi RD tak sapu.

Comments

Popular posts from this blog

Okhotsk-Abashiri 2018

Hulu Selangor 30K 2017