SCKLM 2017
SCKLM 2017 berlangsung seminggu selepas Hulu Selangor 30K. Berdasarkan prestasi BJHM saya yang dapat 2:31 9 minggu sebelum event ini dan juga prestasi di running klinik SCKLM, plannya untuk buat timing yang bagus. Elok pula dapat tawaran menulis artikel larian daripada editor NST. So memang nak perform lah. First 5K macam biasa, ada rasa sedikit tak selesa tapi bagi saya itu normal. Yang tak berapa nak normal, bangun pukul 2 pagi sebab nak berlari FM pukul 4 pagi. Kemudian, entah macam mana, badan jadi jem terus. Habislah, dari pace terkawal 7:30 terus jadi dekat pace 9:00. Saya tiba di KM20 selepas berlari/berjalan selama 2:55. Gila. Masa itu, timing HM lebih 2:45 tu timing saya tak training. Timing sorok, tak cerita kat orang. Memang rasa macam nak givap. D i KM21, saya terserempak dengan seorang rakan, Afzal Amran . Dia buat VFM masa itu. Cerialah sebentar sambil kawal emosi supaya nampak macho. Lepas dia tinggalkan saya, saya berhuhu lah bersendirian. Memang entah kenapa, susah be