SCKLM 2017 berlangsung seminggu selepas Hulu Selangor 30K. Berdasarkan prestasi BJHM saya yang dapat 2:31 9 minggu sebelum event ini dan juga prestasi di running klinik SCKLM, plannya untuk buat timing yang bagus. Elok pula dapat tawaran menulis artikel larian daripada editor NST. So memang nak perform lah. First 5K macam biasa, ada rasa sedikit tak selesa tapi bagi saya itu normal. Yang tak berapa nak normal, bangun pukul 2 pagi sebab nak berlari FM pukul 4 pagi. Kemudian, entah macam mana, badan jadi jem terus. Habislah, dari pace terkawal 7:30 terus jadi dekat pace 9:00. Saya tiba di KM20 selepas berlari/berjalan selama 2:55. Gila. Masa itu, timing HM lebih 2:45 tu timing saya tak training. Timing sorok, tak cerita kat orang. Memang rasa macam nak givap. D i KM21, saya terserempak dengan seorang rakan, Afzal Amran . Dia buat VFM masa itu. Cerialah sebentar sambil kawal emosi supaya nampak macho. Lepas dia tinggalkan saya, saya berhuhu lah bersendirian. Memang entah kenapa, susah be
Lari pegang Jalur Gemilang lagi 500m ke finish line. Hampes announcer, dia announce USA dan bukan Malaysia. Tapi takpe, kita maafkan dia. Nota Saya hanya bawak Jalur Gemilang kalau saya yakin timing saya akan jadi senonoh.
Throwback. Musim Sejuk 2017. Larian Itabashi Riverside. Larian kecik paling sempoi. Race fee 4000 yen. WS selang 5K. Takde food aid station, hanya ada air, isotonik, buah (rasa macam lari KLSCM lak) Wahaha. Takde medal. Event tee pun dia bagi lepas habis lari. Kejam kan? Tak ambik gambar masa lari sebab stress nak jauhkan diri daripada sweeper van. Lari pace 7:30, maka habis pun di tempat yang corot la. Nasib ada la 10 orang lagi kot kat belakang.
Comments
Post a Comment